Kesan Perang Vietnam Perang Vietnam

Ramai pihak beranggapan Perang Vietnam sebagai kekalahan pertama Tentera Amerika dengan jumlah korban melebihi 58,000 orang. Di Vietnam Selatan, lebih 1 juta askar ARVN terbunuh sepanjang tempoh peperangan 30 tahun. Lebih 1 juta askar komunis terbunuh bersama-sama 4 juta orang awam. Vietnam Utara dan Vietnam Selatan disatukan di bawah Republik Sosialis Vietnam dan Saigon ditukarkan nama menjadi Ho Chi Minh City. Beratus ribu bekas pekerja kerajaan dan askar ARVN dihantar ke pusat pendidikan semula. Vietnam menyerang dan menakluki Laos dan Kemboja sehinggalah ke lewat tahun 1980-an. Dalam tahun 1979, Vietnam berperang dengan China dalam satu peperangan singkat. Pada bulan November 1991, misi perniagaan Jepun mula masuk ke Vietnam secara menggalakkan sejak perjanjian damai Kemboja membuka jalan untuk meleraikan sekatan perdagangan yang dipimpin Amerika Syarikat.[77]

Korban Perang Vietnam

Artikel utama: Korban Perang Vietnam

Rekod rasmi Vietnam Utara sukar diperolehi, dan ramai korban pengeboman hancur berkecai menyebabkan pengesahan sukar dibuat. Vietnam Utara bertahun-tahun memendam maklumat mengenai bilangan korbannya akibat pengeboman Amerika. Kesan alam sekitar sukar dibuat nilaian. Kecacatan akibat keracunan Agent Orange tidak boleh dianggarkan secara tepat - berapa banyak keguguran yang berlaku, kelahiran cacat yang akhirnya membawa maut dan lain-lain. Kesan Agent Orange tidak dapat diletakkan nilai tetapi ia menyebabkan tekanan sosial yang hebat ke atas negara yang sudah luluh akibat perang.

Kementerian Buruh, Kecacatan Perang Dan Ehwal Sosial Vietnam pada 3 April 1995 meletakkan jumlah 1.1 juta orang pejuang Vietnam Utara dan Viet Cong terbunuh dan 4 juta rakyat Vietnam di utara dan selatan juga menjadi korban di antara 1954 dan 1975. Angka ini tidak pernah disangkal. Vietnam utara menyenaraikan 200,000 anggota tenteranya sebagai hilang. Robert McNamara meletakkan anggaran 3.2 juta orang. Jumlah pejuang yang cedera diletakkan pada angka 600,000 orang. (jumlah ini terlalu rendah, kerana biasanya jumlah yang cedera adalah dua ataupun 3 kali ganda mereka yang terbunuh). Bilangan orang awam yang cedera tidak diketahui hingga ke hari ini.

Bilangan kematian tentera Amerika Syarikat disahkan pada 58,226 orang, termasuk mereka yang disenaraikan sebagai hilang semasa bertempur. 153,303 orang lagi cedera. Jumlah ini termasuk 56 rakyat Canada yang menyertai Angkatan Bersenjata Amerika untuk berkhidmat di Vietnam. Daripada jumlah kematian dan cedera yang dialamai oleh Amerika Syarikat, pecahan mengikut cabang perkhidmatan adalah –

Di kalangan sekutunya, Korea Selatan mengalami jumlah kematian di antara 4,400 and 5,000 orang. Australia mengalami 510 kematian dan 3,131 kecedraan perang, New Zealand mengalami 38 kematian dan 187 cedera. Thailand mengalami 351 kematian. Jumlah kematian anggota kontinjen Filipina tidak dapat dipastikan tetapi dianggarkan 1,000 orang (Small & Singer).

Lebih kurang 6,000 anggota tentera Soviet Union berkhidmat di Vietnam Utara semasa peperangan ini, kebanyakannya sebagai jurulatih peralatan perang. 16 daripada anggota tentera yang berkhidmat itu mati terbunuh.

Rujukan

WikiPedia: Perang Vietnam http://members.ozemail.com.au/~yeulee/Topical/Hmon... http://www.australiansatwar.gov.au/throughmyeyes/v... http://www.awm.gov.au/encyclopedia/vietnam/statist... http://www.americanwarlibrary.com/vietnam/vwatl.ht... http://www.answers.com/topic/battle-of-ia-drang http://www.asiamaya.com/panduasia/vietnam/e-01land... http://www.bartleby.com/quotations/012004.html http://www.bmj.com/content/336/7659/1482 http://www.country-data.com/frd/cs/laos/la_glos.ht... http://www.users.erols.com/mwhite28/warstat2.htm